Total Pageviews

Tuesday 17 January 2012

Georgetown

George Town (Tamil: ஜார்ஜ் டவுன்) adalah ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, Georgetown adalah bandaraya yang ketiga terbesar di Malaysia dengan bilangan penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar satelit Georgetown adalah seperti Air Itam, Gelugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah . Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang ; Butterworth ,Kepala Batas , Bukit Mertajam , dan Batu Kawan di Seberang Perai ; Sungai Petani dan Kulim di Kedah, serta bandar-bandar di utara negeri Perak dengan penduduk melebihi 2,500,000 orang menjadikan meroplitan kedua terbesr di Malaysia Selepas Lembah Klang.Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandaraya tertua di Malaysia selepas Ratu Elizabeth II memberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957.Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang.Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 15 Disember, 1976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Majlis adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan untuk kawasan Bandaraya Georgetown.Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.

No comments:

Post a Comment